BICARA TENTANG AIR….

BICARA TENTANG AIR….

Dr Mohammad Wisman Abdul Hamid
Pegawai Perubatan, Unit Kesihatan, UiTM Cawangan Pulau Pinang

http://www3.uitm.edu.my/penang/bm/infoterkini/infosihat/air.htm

Kenapa Klorin Digunakan Untuk Merawat Air

Air untuk kegunaan manusia mengandungi ratusan mikroorganisma yang mungkin mencetuskan penyakit bawaan air seperti taun, kepialu dan disenteri. Justeru, klorin digunakan dalam air minuman untuk mengawal penyebaran penyakit bawaan air.

Namun, klorin yang digunakan sebagai bahan perawat adalah sebatian yang sangat aktif. Apabila dicampurkan dalam bekalan air, bahan perawat ini bukan sahaja membunuh bacteria dan virus dalam air tetapi juga bertindak balas dengan bahan kimia lain dalam air.

Hasil daripada proses pengklorinan akan membentuk sebatian baru yang disebut Hasil Sampingan Pembasmi (Disinfectant By Product – DBP). DBP yang berkaitan dengan klorin termasuklah Trihlometana (THM) seperti kloroform – blomoform dan diklorometana yang merupakan karsinogen berbahaya.

Adakah Selamat Meminum Air Masak

Para pengguna di seluruh dunia dinasihatkan memasak air minuman sebelum diminum supaya klorin dalam air dapat tersejat keluar. Ramai pengguna tidak sedar bahawa untuk memastikan semua klorin disingkir, air mesti direbus lebih dari 20 minit pada suhu 100°C.

Meskipun begitu, air masih mengndungi logam berat, bahan kimia toksik dan lain-lain pencemar berbahaya yang tidak boleh dihapuskan secara pendidihan.

Haba dari air yang mendidih menyebabkan tindak balas kimia dan menghasilkan Triklorometana (THM) dan sebatian klorin lainnya.

Kepentingan Air Beralkali

Pemakanan yang tidak sihat seperti makanan bergoreng, banyak lemak, kandungan garam dan gula yang tinggi, minuman air bergas dan gaya hidup yang kurang bersenam dan tekanan hidup menyebabkan sel-sel, tisu-tisu, organ-organ, sendi-sendi dan seluruh tubuh badan akan berasid. Masalah ini boleh diatasi dengan meminum banyak air beralkali.

Air minuman yang bersifat alkali adalah yang paling sesuai untuk tubuh kerana ia dapat meneutralkan asid dalam tubuh badan. Untuk makluman, Air Zam-Zam adalah air beralkali dan mengandungi banyak mineral. Sudah tentu ada hikmah kenapa Air Zam-Zam bersifat alkali. Baca artikel ini.

Jangan meminum semata-mata air kosong contohnya air suling iaitu air yang hanya mempunyai molekul-molekul Hidrogen dan Oksigen dan tidak mempunyai elektrolit mineral. Tambahan pula air kosong jenis ini mudah menyerap bahan berasid, radikal bebas yang diambil dari makanan dan akan digunakan di sel-sel, tisu-tisu, organ-organ, sendi-sendi dan seluruh sistem badan.

Jika kepekatan ion hydrogen melebihi paras normal atau tinggi, tubuh seseorang individu itu akan mengalami asidosis atau berasid. Perubahan kadar tindakbalas bahan kimia yang jelas boleh berlaku dengan perubahan kepekatan ion hydrogen walaupun sedikit.

Penyakit – Penyakit Yang Disebabkan pH Badan Berasid

  • Kanser Sel – Sel-sel dalam keadaan pH berasid akan menyebabkan perubahan tidak normal pada DNA dan boleh menghasilkan sel kanser.
  • Kencing Manis – Bahan toksik berasid berkumpul dipankreas menyebabkan fungsinya menjadi lemah dan menghalang penghasilan insulin.
  • Darah Tinggi – Tokisk berasid di dalam badan melekat dan berkumpul di dinding kapilari darah sehingga saluran darah menjadi sempit dan tersumbat. Pengaliran darah melalui kapilari yang sempit ini menyebabkan tekanan darah meningkat.
  • Darah Rendah – Toksik berasid menyerap ion kalsium di dalam jantung yang mengakibatkan aktiviti jantung menjadi lemah.
  • Penyakit Buah Pinggang – Pengumpulan toksik berasid di dalam buah pinggang akan melemahkan fungsi buah pinggang dan mengakibatkan penyakit buah pinggang.
  • Osteoporosis – Jika badan kekurangan alkali, tulang akan membekalkan kalsium da tulang akan menyimpan kalsium jika alkali berlebihan. Namun jika asid terlalu banyak, tulang akan sedikit demi sedikit membekalkan kalsium untuk meneutralkan keadaan berasid dalam badan. Lama-kelamaan proses ini akan mengakibatkan osteoporosis.
  • Rheumatisme – Toksik berasid yang terkumpul di bahagian sendi akan menyebabkan sendi-sendi membengkak dan sakit.
  • Sembelit – Usus besar berasid akan mengakibatkan peredaran darah tidak lancer, dinding usus besar berkurangan rembesan pelincir yang menyebabkan sembelit.
No comments yet.

No trackbacks yet.